Thursday, April 22, 2010

Kegunaan Lekar Lidi


Selain dijadikan alas periuk atau kuali, lekar boleh digunakan sebagai bekas meletak buah, bekas gubahan bunga, di'frame'kan, tempat kucing tidur dan lain-lain lagi kegunaan yang dirasakan sesuai.


Bagi yang berminat mendapatkan lekar lidi..

Silalah e-mail ke alamat berikut: lekarlidi@yahoo.com

Apa itu lekar lidi?


Lekar ada peralatan dapur yang digunakan bagi meletak periuk panas selepas memasak. Tujuan lekar digunakan adalah bagi mengelekkan kepanasan periuk yang mengandungi masakan panas terkena lantai atau tempat periuk diletakkan. Dahulu kala, bahan api yang digunakan adalah kayu api atau kayu arang, maka dengan meletak periuk beralaskan lekar dapat menghalang arang dari periuk terkena lantai atau tempat periuk diletakkan.

Orang Melayu menggunakan lidi daripada daun kelapa bagi membuat lekar. Salah satu seni kraftangan Melayu ini perlu melalui beberapa proses sebelum lekar dapat disediakan.